Friday, October 2, 2009

BEBASKAN DIRI ANDA DARI ASAP ROKOK DENGAN MINUM KOPI


Bertemu setelah sekian lama "bertapa", Insyallah lepas nie teman @ saye, akan up-date blog teman ini. Entry kali ini teman nak berkongsi pengalaman teman tentang tabiat merokok teman. Yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu dari teman sendiri. Dari segi kesihatan, memang sudah banyak ditonjolkan tentang keburukan merokok ini, iklan di TV waima di kotak rokok itu sekalipun ada. Semua dah sedia maklum bahaya dan tabiat buruk merokok ini, tak dinafikan teman percaya ramai dan ada kawan-kawan teman yang cuba untuk berhenti merokok. Tahniah dari teman. Sebab teman tahu bila seseorang dah merokok, nak berhenti memang sangat dan amat susah, walaupun keinginan itu ada. Teman ada caranya…

Nada tajuk teman di atas macam nak melariskan jualan sahaja tapi itulah kenyataannya, sebenarnya teman sekadar ingin berkongsi pengalaman dengan apa yang teman lalui. Setelah "terjebak" dalam kancah ketagihan merokok ini, teman telah dan bermacam-macam cara teman guna. Tapi usaha teman gagal.

Setelah mengamalkan kopi Radix, Alhamdulillah teman dapat membuang tabiat buruk teman ini.
bersambung....

Thursday, January 29, 2009

Mengapa perniagaan HPA (part I)


Dalam blog Taman Herba Najwa (THN) ini aku gunakan ganti nama diri "teman" dalam dialek orang Perak bermaksud saya / aku, cerita teman bermula.. HPA merupakan Syarikat Multi-Level Marketing (MLM) yang diasaskan oleh oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad pada tahun 1995 dan merupakan sebuah syarikat 100% milik bumiputra Muslim, beliau berasal dari Perlis. Suatu masa dulu teman begitu skeptical dengan MLM nie selepas teman menyertai satu syarikat MLM yang popular juge masa kini. Tidak perlulah dimentionkan syarikat itu. Memadailah teman cakapkan Syarikat XY aje.

Bukan sykt ini tidak bagus sbb ada yang berjaya bila menyertainya, cuma mgkn bukan rezeki teman sahaja kot. Slps teman mengundurkan diri drpd sykt XY nie ramai juge kawan-kawan teman yang ajak menjoint sykt MLM masing-masing, cuma maaf, maaf sahaja yang dapat teman ucapkan. Sbb selama 2 tahun, rasanya teman cukup masak dengan cara hidup orang MLM nie berniaga. Pergh!! Semangat tiap-2 ari.

Bagaimana mengenali HPA??

Ha, bagus soalan tuh, kewujudan blog ini rentetan minat teman dengan tumbuhan herba waima aper jenis tumbuhan sebenarnya. Itu sebab kalau teman rasa, budget teman hanya ada ngam-2 untuk bulan tu, teman cuba mengelakkan diri dari mengunjungi mana2 nurseri (pokok) kerana setiap kali teman pergi nurseri musti ada ajer pokok yang teman beli. So moralnya, jgn pegi kalau duit tak ader he he.. pelik ke tapi yang benar. Teman memang hantu pokok, masa teman zaman bujang n duduk rumah sewa pun teman sering berbudi pada tanah walaupun dok kat flat, bukan alasan bagi teman, macam satu kepuasan bila tengok pokok yg teman tanam itu membesar, sihat dan kuat. He he berbalik pada cerita tadi setiap kali teman surfing internet, mesti la laman web yang berkaitan tumbuhan yang menjadi pilihan teman. Ntah macam mana terjumpa dengan laman web HPA nie.

Tak kenal maka tak cinta kan. Sejak mengenali HPA di alam cyber ini, teman cuba mengenali orang-orang disebalik web blog mereka. Mirzan, Redza banyak membantu teman dalam menjalankan perniagaan ini. Terima kasih kalian berdua, juga komitmen ahli HPA yang lain sangat-2 lah teman hargai. Tuan Haji Ramly misalnya sanggup bersusah payah cuba dan datang ke "kampung ku yang permai" di Perak semata-mata ingin mengubati sakit kulit ibu teman. Terharu teman, rupanya masih ramai insan yang berhati mulia seperti beliau. Hanya Tuhan yang dapat membalas budi dan jasa mu. Bergenang air mata teman, cheh!! emosi la pulak… Alhamdulillah, berkat nasihat yang diberikan, dengan izin Allah jua ibu teman sembuh drpd penyakitnya. Dari situlah cinta teman berputik dengan HPA nie, begitulah episod cinta teman dengan HPA.

Jadi kenapa anda patut juga "jatuh cinta" dengan HPA ini. Disini teman cuba senaraikan serba sedikit tentang HPA yang teman tahu. Kalau ada antara kalian yang lebih tahu, silalah bagi sepatah dua kata buat teman sebagai pedoman. Orang kata benda yang baik nie elok dikongsi bersama yer tak??

Begitulah catatan teman…

Bersambung part II

Friday, January 23, 2009

Wish List Tahun 2009

Kiranya tak terlambat nak post wish list nie.. benda nie dah lama diimpikan cuma harap-2 dapat direalisasikan shj.

1. Menghidupkan kembali blog yang lama berkubur.
2. Nak buat business gak yg related dgn pokok-2.
3. Nak buka "One Stop Centre" Taman Herba Najwa, bagi menghargai anugerah ciptaan Tuhan.
4. Masuk rumah baru - nak buat "Edible Garden" Taman Sayur-sayuran so kalau ayang nak masak semua bahan-2nya boleh dipetik di laman sendiri shj.
5. Usaha Dengan Jaya – Perniagaan HPA
6. Bertambah ahli. Tag: Usaha Tangga Kejayaan.
7. Nak beli lap-top / hand phone baru.